Look around yourselves


Can't you see this wonder


Spreaded in front of you


The clouds floating by


The skies are clear and blue


Planets in the orbits


The moon and the sun



Such perfect harmony.... (Subhanallah..!!!)







~bismillahirrahmanirahiim~


Wednesday, June 18, 2008

Ilmu dan Hikmah...


Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dan sesungguhnya para ulama' itu pewaris para nabi, dan nabi itu tidak meninggalkan dinar atau dirham (harta pusaka) sebaliknya para nabi meninggalkan (kepada kita) akan ilmu."

Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sebaik-baik perkataan adalah yang ringkas lagi padat."

Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Seorang ulama' lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu ahli ibadah."

Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Setiap perkara ada jalan, dan jalan untuk ke syurga adalah ilmu."

Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Dua pelahap yang tak pernah kenyang ialah penuntut ilmu dan pemburu dunia."

Telah berkata Imam Asyma'l : Seawal-awal ilmu adalah senyap, keduanya mendengar dengan teliti, ketiga menghafal, keempat beramal dengannya, dan kelima menyampaikan ilmu tersebut.

Telah berkata Saidina Abu Darda' : Tanda orang jahil ada 3 iaitu :
-kagum dengan diri sendiri
-banyak bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya
-melarang manusia daripada melakukan kejahatan dan dia sendiri melakukannya."

Tuesday, June 17, 2008

Qisah Wanita Solehah......

Seorang Arab Badwi datang meminta makanan kepada Siti Fatimah r.a. yang terkenal dengan kemiskinannya. Siti Fatimah memberi sehelai kulit kambing yang menjadi tempat alas tidur anak-anaknya agar dapat dijual oleh si Badwi. Tetapi orang Badwi itu enggan menerimanya.

Siti Fatimah r.a. mencari-cari kalau-kalau ada yang boleh diberikannya. Akhirnya dia teringat akan kalung hadiah perkahwinannya, lalu diberikan kalung itu kepada Badwi itu.

Khalifah Harun Ar-Rashid telah memerintah menterinya meminang Siti Zubaidah untuk dijadikan permaisurinya. Apabila menteri itu menyampaikan lamaran Khalifah, Siti Zubaidah berkata : "Khabarkanlah kepada Khalifah, saya terima lamarannya tetapi hendaklah disediakan mas kahwin buat saya iaitu sebongkah emas." Khalifah Harun Ar-Rashid segera menunaikan permintaan Siti Zubaidah itu lalu mereka pun berkahwin.

Tetapi, Siti Zubaidah tidak menyimpan bongkah emas itu untuk dirinya, sebaliknya digunakan sebagai amal jariah membiayai perbelanjaan membuat sebatang tali air yang menganjur dari Makkah ke Iraq (di Makkah ketika itu selalu kekurangan air).


Zunnairah adalah hamba kesayangan Abu Jahal kerana kecantikannya di mana dia memang memiliki rupa paras yang cantik. Suatu hari, Abu Jahal dapat merasakan perubahan pada diri Zunnairah kerana sering mengelak untuk ermesra dengannya. Bila diselidik , dia amat terkejut kerana Zunnairah telah memeluk agama Muhammad s.a.w. Abu Jahal menawarkan kebebasan serta harta harta agar dia mahu meninggalkan agama barunya itu. Namun, tawaran itu ditolak oleh Zunnairah. Abu Jahal berasa sangat marah lalu diseksa Zunnairah sehingga menyebabkan dia menjadi buta.

Pada suatu hari, dengan takdir ALLAH s.w.t, sebatan yang diterimanya itu menyebabkan matanya dapat melihat semula. Zunnairah berasa sangat bersyukur dan bertambahlah keimanannya. Tidak lama kemudian, Saidina Abu Bakar r.a. menebus Zunnairah lalu dibebaskannya Selepas itu, barulah Zunnairah dapat mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan mengecapi kebahagiaan hidup.