Bismillahirrahmanirrahiim...Alhamdulillah... (^__^)
Nampaknye, mataku masih belum mahu melabuhkan tirai alisku...tak rasa mengantuk pula pagi nie. Mungkin juga kerana masa yg telah diambil untuk menyiapkan assignmentku tadi. Alhamdulillah, semuanya telah siap!
Seketika, diriku teringatkan akan peringatan dan nasihat dr seorang akhii pada malam tdi. Beliau telah men'tag'kan ku di profile facebook ku, tentang satu nota yg penuh dgn makna... (Alhamdulillah)...itulah kepentingan nye kita disarankan berpesan2 dan nasihat-menashati di dalan Islam. Supaya tidak senantiasa alpa dgn ke'asyikan dan kefanaan duniawi.
What i actually understood from the notes given is; it was created for both muslimiin and muslimaat. So, everyone can gain some beneficial input and advices for sure! hurmmm...sudah lama tidak berpeluang membaca nukilan nasihat yg penuh dgn pengisian ilmiah dan yg mana sgt penting dlm membina sahsiah dan akhlaq islamii...tetapi, diriku amat melahirkan rasa kesyukuran atas peringatan tersebut yg telah diberikan beliau...
The only words that i could say to him last night was, "Thanks a lot for this wonderful note and advice" it's wonderful (it was beautifully written instead)... BuT when i asked him was that his own piece of writing? then, he replied, no....i've gotten it thru reading someone's blog! how nice...
anyway, as long as the notes has already been tagged and the message has also been conveyed to others like me....it's more than enough i think!
(Anyway, sharing is caring..)
Now, i'm pleased to copy and paste the 'piece of writing' (i mean the notes and advice that i've just received last night..) So that, all of us can collect and gain as many advices as we could in order to become a better muslim and muslimah in future! Insyaallah...Ameen Ya Rabbal 'Alamiin... (^__^)
Here, we go.....
Monolog hati seorang ‘Ikhwah’
Ukhti..
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.
Ukhti..
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.
Ukhti..
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.
Ukhti..
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..
Ukhti..
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.
Ukhti..
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.
Kerana.. Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku..
(originally Posted by Syahid-Syuhada)