Look around yourselves


Can't you see this wonder


Spreaded in front of you


The clouds floating by


The skies are clear and blue


Planets in the orbits


The moon and the sun



Such perfect harmony.... (Subhanallah..!!!)







~bismillahirrahmanirahiim~


Sunday, May 31, 2009

CINTA LILLAHI TA'ALA...SUBHANALLAH MANISNYA



BERCINTA KERANA ALLAH

dikatakan bercinta kerana Allah
bukan cinta antara teruna dan dara seperti muda mudi sekarang ini
bercinta kerana Allah
adalah kita mencintai ibu bapa kita, adik-beradik, saudara se-islam juga


maka pengertian cinta itu sangatlah luas
bukan cinta monyet, bukan cinta muda mudi
cinta yang hakiki itu kepada Allah swt
maka kita akan mencintai saudara seperjuangan se-islam kita
agar kita dapat sama-sama rahmah daripada-Nya


apa yang dimaksudkan di sini
apabila mencintai saudara seperjuangan Islam
maka kita akan membentuk study group
atau bersama-sama belajar dengan sahabat kita


apabila kita cinta kepada ibu bapa kita
maka kita denagn rela membantu ibu kita
mengemas rumah dan menjaga adik-adik
kita cuba untuk menggembirakan hati mereka
hatta menolong ibu menyapu sampah pun
sudah mendapat pahala jika kita betul-betul ikhlas melakukannya


kita cinta kepada adik-adik
maka kita berniat untuk menjadi idola mereka
kita mahu menjadi contoh yang terbaik
dapat menjadi seorang abang/kakak/adik yang baik
dapat belajar agama dan berkongsi ilmu dengan adik-beradik yang lain
dan tidak akan lokek meluangkan masa bersama adik-adik


itulah cinta kerana ALLAH swt...

KASIH SAYANG


marilah kita jalinkan kasih sayang sesama kita
ia telah lama gersang di hati
kita siram kembali dengan air iman

dengan menabur budi kepada manusia


hati telah lama gersang dari siraman kasih

kerana hujan iman sudah lama tidak turun

kita tanamkan kembali budi penyiram kasih

agar hati yang gersang gembur dan subur lagi


bila hati gembur dan subur semula

benih mahmudah berdaun subur dan berbuah

memberi manfaat semula kepada penghuni taman yang resah


jangan kita biarkan hati gersang dari kasih sayang

manusia akan terumbang-ambing hidup di dunia

pangkat dan kekayaan tiada erti apa-apa

bila kasih sayang tidak dipunya oleh manusia


berkasih sayang perintah ALLAH swt

di atas sifat ALLAH swt kepada hamba-Nya

ALLAH swt sangat sayang akan hamba-Nya yang berkasih sayang
jadikanlah kasih sayang untuk keredhaan-Nya


hati sudah lama menderita kekosongan kasih sayang

tanamkan semula jangan biarkan berlama-lama

sudah lama manusia hidup menderita sengsara

ayuh! kita suburkan semula kasih sayang sesama manusia

Wednesday, May 27, 2009

Tips dan Peringatan Untuk Pemuda dan Pemudi ISLAM


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan
Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda
harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda
berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan
sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah
isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil
menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah
orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama
dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang
tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran