BERCINTA KERANA ALLAH
dikatakan bercinta kerana Allah
bukan cinta antara teruna dan dara seperti muda mudi sekarang ini
bercinta kerana Allah
adalah kita mencintai ibu bapa kita, adik-beradik, saudara se-islam juga
maka pengertian cinta itu sangatlah luas
bukan cinta monyet, bukan cinta muda mudi
cinta yang hakiki itu kepada Allah swt
maka kita akan mencintai saudara seperjuangan se-islam kita
agar kita dapat sama-sama rahmah daripada-Nya
apa yang dimaksudkan di sini
apabila mencintai saudara seperjuangan Islam
maka kita akan membentuk study group
atau bersama-sama belajar dengan sahabat kita
apabila kita cinta kepada ibu bapa kita
maka kita denagn rela membantu ibu kita
mengemas rumah dan menjaga adik-adik
kita cuba untuk menggembirakan hati mereka
hatta menolong ibu menyapu sampah pun
sudah mendapat pahala jika kita betul-betul ikhlas melakukannya
kita cinta kepada adik-adik
maka kita berniat untuk menjadi idola mereka
kita mahu menjadi contoh yang terbaik
dapat menjadi seorang abang/kakak/adik yang baik
dapat belajar agama dan berkongsi ilmu dengan adik-beradik yang lain
dan tidak akan lokek meluangkan masa bersama adik-adik
itulah cinta kerana ALLAH swt...
No comments:
Post a Comment