Look around yourselves


Can't you see this wonder


Spreaded in front of you


The clouds floating by


The skies are clear and blue


Planets in the orbits


The moon and the sun



Such perfect harmony.... (Subhanallah..!!!)







~bismillahirrahmanirahiim~


Friday, December 11, 2009

Kentalkanlah aku Ya Allah...

Ya ALLAH Rabbul Izzatii...
Kuatkanlah hatiku Ya Tuhan...
Sesungguhnya amat penat dan terkadang tak tertahan
dalam menempuh hari-hari yang penuh dgn onak cabaran
disertai dugaan yang senantiasa menguji tahap keimanan...


Sungguh ku merasa tidak berdaya, Ya Allah...
akan tetapi akan tetap aku redha dengan setiap ujian-MU
Ya Tuhan...sesungguhnya diriku amat memerlukan hidhayah
hidhayah yang mana akan menjadikan diriku kuat dan kental
dalam meniti dan mengharungi hari-hari mendatang...


Amat benarlah yang diungkapkan bahawa sangat susah
dan terkadang tersangatlah rumit dalam mencari teman sejati
yang mana diharapkan dan diimpikan untuk senantiasa bersama
kita dikala susah berserta senang, amatlah payah sekali Ya Allah...


Tunjukkanlah aku jalan yang selurusnya Ya Tuhan...
agar aku dapat memperbaiki diri ini seterusnya memberikan
kesenangan,kegembiraan dan kepuasan yang amatlah ikhlas
semata-mata kerana-Mu kepada teman-teman seperjuanganku
yang sungguh aku senangi dan kasihi...


Terkesima aku memikirkan kejadian setiap ciptaan-Mu ...
Ya Tuhan betapa agungnya dan betapa besar serta hebatnya
kekuasaan-Mu oleh itu, Ya Tuhan kurniakanlah aku kekuatan,
kekuatan, ketabahan beserta keimanan yang utuh dan ikhlas dalam
memanfaatkan akan setiap ciptaan-Mu...


Tersangatlah perit dan pedih bagiku dalam mengharungi...
setiap hari, setiap jam, setiap minit, saat dan detik kurniaan-Mu
akan tetapi, aku redha Ya Tuhan dan akan senantiasa dan berterusan
akur dengan Qada' dan Qadar-Mu yang amatlah agung...

-nukilan ikhlas hatiku yang
mengharapkan redha Tuhanku-

-aienn-

n_n'





8 comments:

Healmie Zahari said...

Salam,
tiada masalah yang tiada penyelesaian. Rahmat-Nya buat yang menyambungkan silaturrahim. Nak abang tolong setelkan?

Anonymous said...

Salam..
terupdate juga blog enti akhirnya..
semua yang terjadi adalah ujian dari Allah..
insyaAllah ada hikmah paling manis disebalik ujian yg berat...

mungkin perlu ubah sikap sendiri dulu baru kita dapat apa yg kita idamkan..
jadilah sempurna andai mahukan sahabat yang sempurna...
jgn cuma mengharap yang terbaik tapi diri kita bukan sebegitu...
wallahua'lam...

Sahabat Pena said...

Asslamualaikum, ana sokong pandangan Marwa tu,
Jgn mengharapkan yg terbaik hadir dlm diri kita sedangkan diri kita sendiri tidak menjadi yg terbaik..
Jgn sedih sbb sahabat boleh di cari,
cuma berapa ramai manusia di atas muka bumi ini yg setia terhadap kawan?
itu yg enti kene fikirkan,
ramai sahabat yg melupakan sahabat waktu kecil kerana merasakan dirinya sudah besar...lihat di waktu lampaumu,
ke mana sahabat mu yg terdahulu,
adakah dirimu yg meninngalkan mereka atau sebaliknya,
fikir2kanlah,
maaf lah ye,
ana muda dari enti/ukht...
Wallahu'alam...

Anonymous said...

salam ziarah.......:)

asyifatul solehah89 said...

akhii healmie :
wsalamwbt...maaf to all.....dah lame xupdate blog....
trima kasih ats nasihat abg mie,..
cam tau je...

asyifatul solehah89 said...

marwa : insyaallah....
wa syukran jaziilan....sape ni ea>?>>>??
maafla dah lame xupdate blog....

asyifatul solehah89 said...

faiz solehan :
salam ziarah jgak...man ent???

asyifatul solehah89 said...

wa ahmad haris : insyaallah...muhasabah diri...
man ent?>>?? khilaf diri masing2...